Archive for July 9th, 2008
Pegasus, Swoosh kekal hebat
Written by pegasusbigboss on July 9, 2008 – 4:02 am -Report taken from Kosmo! Wednesday, 9 July 2008
Selepas mengharungi empat pusingan kelayakan, tiga pasukan, Pegasus, Swoosh dan Phantoms dilihat paling menyerlah apabila mengungguli kedudukan dalam kumpulan masing-masing pada Kejohanan Bola Keranjang Bukan Cina Remix (Remix NCBL) 2008.
Setelah mengharungi empat perlawanan, tiga pasukan ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah untuk meraih penuh.
Pegasus kini mendahului Kumpulan A dengan lapan mata dan mereka diikuti rapat oleh pasukan Cocoro yang hanya ketinggalan satu mata di belakang.
Cocoro setakat ini mencatat tiga kemenangan dan tewas sekali
Pasukan yang dilihat mampu melontarkan cabaran dalam saingan kumpulan A ini ialah Scorekeys yang kini sudah mengutip tujuh mata hasil daripada 3 kemenangan dan tewas sekali.
Pasukan Prinze dan UBSA terikat dengan enam mata dan mereka juga telah memperlihat kebangkitan dalam beberapa perlawanan kelayakan.
ATM juga dilihat semakin mencabar dan kini menghuni tangga keenam dengan lima mata.
Kejohanan yang dianjurkan oleh majalah Remix terbitan Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ini dikhususkan untuk pemain bukan Cina dalam usaha mencungkil bakat baru yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Liga ini sudah bermula sejak 6 Julai lalu. Pemarkahan yang diberikan adalah dua mata untuk pasukan yang mencatat kemenangan dan satu mata untuk pasukan yang tewas.
Saingan bagi kumpulan B juga dilihat semakin sengit di mana perbezaan mata di kalangan lapan pasukan yang bersaing itu agak rapat.
Swoosh dan Phantoms terikat dengan lapan mata selepas mencatat empat kemenangan sementara Leykens dan Stallions terikat dengan dengan lima mata selepas mencatat dua kemenangan dan tewas dua kali. Kejohanan yang menampilkan 16 pasukan ini akan meneruskan cabaran mereka pada pusingan kelayakan sehingga 3 Ogos depan sebelum melangkah ke pusingan separuh akhir yang dijadualkan bermula pada 10 Ogos. Dua pasukan terbaik sahaja akan beraksi pada perlawanan akhir yang dijadualkan pada 17 Ogos.
Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi serta sijil dan naib johan akan menerima wang tunai RM3,000, trofi dan sijil.
Manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM1,000, trofi dan sijil diikuti pemenang saguhati yang akan menerima RM500, trofi dan sijil.
Semua perlawanan berlangsung di gelanggang bola keranjang tertutup Balakong di batu 11, Cheras.
Tags: bola keranjang bukan cina, remix ncbl
Posted in Remix NCBL 2008 | No Comments »

